Kumpulan Bijirin
Bubur Nasi (Hidangan dua orang)
- 25 g (¼ cawan) beras, dikisar halus
- 450 ml (1¾ cawan) air
Cara memasak
- Didihkan air. Masukkan beras yang dikisarhalus, kacau dari semasa ke semasa.
- Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
- Hidangkan semasa panas.
Cadangan
- Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
- Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.
Kumpulan Buah-buahan
Stew Epal (Hidangan dua orang)
- 100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
- 250 ml (1 cawan) air
Cara memasak
- Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
- Masukkan buah epal ke dalam periuk.
- Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
- Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.
Cadangan
- Hidang bersama susu ibu
- Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.
0 comments:
Post a Comment